Wednesday, May 23, 2007

Lirik 2: Lagu Berkasih-kasihan

Satu lagi lirik dikir juara yang sudah lama dicipta. Seingat saya juara asalnya adalah Arifin Ana*. Sekarang ni pun saya tengah dengar lagunya berkumandang mengikut rentak lagu Hindi klasik. Malang bila saya cuma ada kaset, tapi tiada cover album asal. Nak berkongsi dengar dengan anda pun tak dapat.


KISAH YANG LAMA BERULANG LAGI
WALAUPUN LAMA MENGHILANG DIRI
INGAT KE DEMO SETIAP HARI
LUKA YANG LAMA BERDARAH LAGI


Oo.. Tidak ku dengar khabar berita
Sekian lama tidak berjumpa
Hati dok tanya di mana dinda
Sekuntum bunga yang aku puja.

Oo.. Walaupun jauh demo pergi
Hati ku sanggup rela menanti
Masa berdua dok ingat lagi
Seorang dara yang kucintai.

Oo.. Bila mu dapat teman yang baru
Demo tak ingat pada diriku
Bunga kusiram menjadi layu
Mengapa malang sungguh nasibku.

Oo.. Memilih teman bukannya mudah
Harapkan demo demo tak sudi
Bila mu dapat gading bertuah
Tanduknya tidak berguna lagi.

Oo.. Apa yang ada pada diriku
Budi bahasa rupa pun kurang
Semasa muda orang pun sayang
Bila dah tua orang tak layan.


* Maafkan saya andai tersilap... Harap maklumkan sekiranya anda tahu siapa. Okay?!! :)

0 comments: