Kebiasaannya untuk pertandingan, ada tema-tema tertentu dipilih sebagai objektif pertandingan tersebut. Contohnya, pertandingan yang dianjurkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan pastinya bertemakan anti dadah; Sambutan kemerdekaan bertemakan patriotik. Manakala untuk persembahan biasa di khalayak ramai, ia terpulang kepada penyanyi untuk menyanyikan lagu pilihan mereka sendiri.
Ada ramai penyanyi dikir barat yang bukan sahaja boleh menyanyi, malahan turut menjadi tukang juara dan tukang karut. Sebagai contoh: Megat Nordin, Halim Yazid, Mat Yeh, Mat Over, Sabri Yunus, Osman Kering, Mat Gelama, dan ramai lagi. Ibarat kata, asal ada suara dan boleh masuk rentak dikir, bolehlah masuk gelanggang dikir barat. Yang pasti, ada antara mereka yang mencipta sendiri lagu, dan ada juga yang mengubahsuai lirik lagu lain dan dimasukkan lirik mereka sendiri.
Lagu ini saya ubahsuai dari lagu Senario, Cinta Karat, yang asal lagu tersebut ialah lagu Indonesia. Lupa pula tajuk lagu Indonesia tu... tapi dalam liriknya ada ayat "Nyamuk-nyamuk nakal..." hehehehe.
Tahun pilihanraya, demam ngundi pun sudah tiba,
Pakat gi tepek poster, gantung tinggi kain-kain bendera,
Wakil rakyat pun senyum berjela, turun padang setiap masa,
Oh pilihanraya, semua nampak muka.
Tiba musim mengundi, saing kerabat jadi musuh ketat,
Tok Wan dengan Tok Aki, berlaga tongkat sampai terik urat,
Laki bini takleh dua parti, nanti melayang cawan dengan kaki,
Lepas mengundi, pijak semut pun tak mati.
Undi, mari ngundi, pilih tok wakil biarlah kena,
Rugi, nanti rugi, kalu gi pilih jenis tak guna,
Mari, pakat mari, hari mengundi dah hampir tiba,
Tino jate, tua dan muda, mari ngundi pilihanraya.
Bendera pilihanraya, bermacam jenis takleh nak kira,
Ada hak pakai dacing, anak bulan, dan anak mata,
Ada jugak jenis roket angkasa, kepala lembu, keris pusaka,
Lepas mengundi, campak bakar buang saja.
Ini pulak lagu dendangan Baruding. Tema lagu juga berkisarkan pilihanraya. Tak tahulah lagu ini adalah lagu Baruding sendiri, atau diubahsuai dari lagu Thailand.
Marilah kita semua pakat gi pilih wakil rakyat,
Tapi buie kena jangan sekali makan suap,
Takut naya kita rakyat bila demo sudah dapat.
Banyak hak sudah jadi pada wakil dulu-dulu,
Butir hak kena beli tak pakai kija apa satu,
Pilih demo wi naik pangkat,
Hak nyanya nya kita rakyat.
Masa dok tempek gambar pandai sungguh dia berbudi,
Berkecek pulak pandai ikut mintak semua buie,
Sampai peryan dia jadi,
Bayang pun tak nampak lagi.
Tahun ni kalau nak pilih carilah orang hak sungguh hati,
Jangan dok pilih jenis hak tabur duit tabur janji,
Nanti rosak anak-anak, kita jugak rasa rugi.
p/s - Penyanyi yang bukan dalam bidang dikir barat turut melibatkan diri apabila mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Antaranya Iwan, Ramlah Ram, dan Noraniza Idris. Tapi saya tak pasti sama ada mereka menyanyikannya dengan iringan muzik dikir, ataupun guna minus one. Pernah beli satu CD di mana Iwan berduet dengan *Kajol... itupun guna minus one.
*Di Kelantan, ada seorang penyanyi lelaki tetapi lembut yang popular dengan nama Kajol kerana suaranya dibuat seperti perempuan.
0 comments:
Post a Comment