Ada juga penyanyi yang memilih untuk mendendangkan lagu-lagu Hindi, Tamil, Cina, dan bahasa-bahasa lain. Sesebuah persembahan yang mempunyai penyanyi yang serba boleh pasti akan dapat menarik lebih ramai penonton dari bangsa lain. Mat Over adalah contoh penyanyi yang suka akan lagu-lagu Hindi.
Berikut adalah lagu Tum Bin Jaun Kaha dari filem 'Pyar Ka Mausam'. Boleh dimasukkan ke dalam rentak dikir barat...
Tum bin jaun kaha
Ke dunia me aa khei
Tujji nadil cha ha sanam
Tum ko chahate
Tum bin...
De kho muhe salse padam patil
Sirf tu pyar rehume
Kalle salla galo ke tumhara
Befara rehume
Tum kya jalo ke badat pa fera
Kise kisse gali
Tum ko chahate
Ab hai sanam har mausam
Pyar ke khabil
Pari jahan chaun hamare
Sajji ghai mehefil
Mehefil kya tan ne haye nezil
Lagil ta hai zi
Tum ko chahate...
Tum bin jaun kaha
Ke dunia me aa khei
Tujhe nadil chaha khabii
Tum ko chahate
Tumbin...
Ra hai bi se kho hai tum jaise
Tumko mujse judha
Sajhi jaenggi divani
Tumko mere sadhar
Aa na hoda tumhe mere liye
Chahati meri sunyi rahate
Di bawah pula adalah lagu juara nyanyian Zaidi Buluh Perindu. Apa yang pasti, lagu ini menjadi popular sekitar tahun 2000-2001 di Kelantan. Ketika ini muncul juga nama-nama lain seperti Mat Gelama yang sering bergandingan dengan Zaidi kerana paduan seuara mereka amat serasi, Kajol, dan Setapo.
Yang menjadi kenangan buat saya ialah apabila menjadi peserta anak angkat di Kg. Batu Papan, Gua Musang di mana ketika persembahan kumpulan dikir barat kampung tersebut, saya turut menyanyikan lagu ini. Terkejut orang kampung sebab mereka tak tahu yang saya boleh berdikir... Sengaja rahsiakan masa tu.
Budak-budak Putera Kencana pun minat lagu ni. Boleh hafal sekali dua latihan aje.
JUWITA... JUWITA...
KINI KAU DI MANA...
RINDU RINDU HATIKU RINDU
KEPADAMU OH JUWITAKU
BILAKAH LAGI SAYANG KITA BERTEMU
GELORA SEPI KIAN MENGHIRIS KALBU
Terang malam bintang di langit biru... ooo..
Angin malam lemah gemalai mendayu,
Sang kumbang riang bersiul menyanyi lagu,
Hatiku risau mengenang si gadis ayu.
Ku kembara mencari sumpah janjimu... ooo..
Bertahun lama terseksa aku menunggu,
Apakah dosa hingga kau diam membisu,
Mungkin sengaja kau ingin duga setia ku.
Kalau tuan berlayar mudik ke hulu... ooo..
Belikan saya segenggam daun mengkudu,
Hamba merana tiada siapa pun yang tahu,
Hanyalah doa tangisan di malam syahdu.
Kutempuhi ranjau nak yang berliku.. oo..
Hatiku pedih bagai dihiris sembilu,
Hadirlah kasih ubatkan hati yang rindu,
Jiwa merintih bilakah dapat bertemu.
Bila malam hatiku sering merindu... ooo..
Ku terbayang saat indah bersama mu,
Resah gelisah bila lama tak bertemu,
Mandi tak basah hingga makan pun tak lalu.
0 comments:
Post a Comment